Program ini bertujuan membantu meringankan beban ibu-bapa membayar yuran TADIKA anak-anak mereka. Kerajaan Negeri Selangor menyumbangkan bantuan RM50 setiap bulan kepada mereka yang layak. Bantuan ini disalurkan terus kepada TADIKA yang mempunyai sijil pendaftaran dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNs), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara (JPN)
Bantuan yang dimaksudkan adalah bantuan yuran sebanyak RM50, setiap bulan kepada kanak-kanak TADIKA yang layak. Bukan dalam bentuk wang tunai sebaliknya dalam bentuk yuran dan disalurkan terus kepada TADIKA yang berdaftar
Untuk Permohonan dan Semakan Lanjut boleh ke Laman Sesawang TUNAS di https://tunas.yawas.com.my