Iltizam Penjagaan & Pendidikan Awal Kanak-kanak Negeri Selangor merupakan satu program yang menyediakan latihan/kursus asas PERCUMA dalam bidang pengasuhan kepada semua pengasuh di rumah yang mengasuh anak asuhan tidak lebih dari 3 orang.
Selain itu, program ini juga ingin mengumpulkan sebanyak mungkin senarai data pengasuh di rumah yang masih aktif di dalam Negeri Selangor.
Program (IMPAK) ini terbuka kepada kaum wanita yang menepati kriteria-kriteria seperti berikut:
i. Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas; DAN
ii. Sedang menetap di Selangor; DAN
iii. Sedang menjalankan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak di rumah ;DAN
iv. Tidak pernah menghadiri sebarang kursus pengasuhan yang dikendalikan oleh JKM atau mana-mana agensi awam mahupun swasta; DAN
v. Merupakan pengundi di Negeri Selangor.
• Pemohon juga perlu bersetuju maklumat peribadi mereka seperti nama, nombor telefon dan tempat pengasuhan/ bakal tempat mengasuh dipaparkan di dalam laman sesawang i-Asuh**.
• Tempat pengasuhan adalah tertakluk di dalam kawasan Negeri Selangor sahaja.
• Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang bersetuju dengan semua syarat yang dinyatakan di atas sahaja.
1. Pemohon perlu membuat pendaftaran melalui laman sesawang impak.yawas.com.my
2. Sila isikan semua maklumat dengan lengkap dan tepat.
3. Jumlah peserta bagi setiap siri kursus adalah terhad kepada 50 orang sahaja.
4. Pemohon yang berjaya disenaraipendek untuk mengikuti kursus akan dihubungi oleh pegawai dalam tempoh satu (1) minggu sebelum kursus bermula.
5. Setiap permohonan yang berjaya hanya layak untuk hadir satu (1) kursus sahaja. Sekiranya pemohon tidak hadir kursus atau gagal menghadiri sepenuh masa program yang disediakan sepanjang kursus, maka pemohon tersebut tidak layak untuk menerima manfaat di bawah program IMPAK ini
1. Salinan kad pengenalan pemohon
2. Salinan Semakan Daftar Pengundi (SPR)
1. Terima sijil penyertaan setelah tamat menghadiri kursus.
2. Nama akan dimasukkan dalam sistem carian pengasuh di aplikasi IMPAK (sistem yang diwujudkan bagi memudahkan ibubapa membuat carian pengasuh).
3. Berpeluang untuk menerima Geran berjumlah RM 2,000. (Tertakluk bagi 200 orang peserta yang menerima markah penilaian paling tinggi di antara jumlah keseluruhan peserta yang hadir kursus)
1. Manfaat ini hanya diberikan kepada peserta yang berjaya hadir program dari awal hingga program tamat sahaja
2. Peserta yang gagal menghadiri program yang telah ditetapkan tidak akan mendapat manfaat program IMPAK ini malah tidak berpeluang untuk hadir ke program seterusnya
1. Hadir kursus yang dianjurkan dari awal hingga tamat program.
2. Penilaian akan dibuat semasa kursus sedang dijalankan & markah penilaian pada setiap kursus akan diteliti serta diambilkira sebagai syarat penerima Geran.
3. Tersenarai dalam 200 peserta yang mendapat markah penilaian tinggi oleh pengendali kursus yang dilantik (akan dihubungi selepas proses penilaian keseluruhan dibuat)
4. Geran akan diberikan secara tunai bernilai RM2,000.00
5. Satu majlis penyerahan Geran akan dibuat mengikut kesesuaian
6. Semua keputusan adalah muktamad & sebarang perubahan tertakluk di peringkat pengurusan YAWAS
1. Peserta perlu hadir kursus mengikut tempat, masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
2. Sekiranya peserta tidak dapat hadir pada tarikh kursus ditetapkan, perlu memaklumkan kepada pihak YAWAS dalam tempoh 3 hari sebelum kursus dijalankan.
3. Semua peserta wajib menghadiri dan terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan sepanjang program.
4. Kursus akan dijalankan selama 2 hari seperti masa berikut: Sabtu : 8 pagi – 10.30 malam Ahad : 9 pagi – 4.30 petang
5. Satu group whatsapp akan diwujudkan bagi memudahkan penyampaian maklumat berkaitan dengan program.