Program – Program Bantuan Anak Istimewa Selangor dalam singkatan ANIS telah diperkenalkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor YB Dr Siti Mariah Binti Mahmud sejak tahun 2018 lagi.
Program-program Bantuan ANIS ini diperkenalkan dengan tujuan dan harapan agar dapat memperkasakan barisan ibubapa dan penjaga, para pendidik, pengusaha institusi dan badan kebajikan anak-anak istimewa di Selangor seterusnya dapat memberdayakan anak-anak istimewa, ibubapa dan penjaga dan para pendidik untuk lebih mampan dalam mendepani dunia bercabaran ini dengan lebih cakna.
Bantuan ini disediakan dalam dua bentuk iaitu yang pertama manfaat kewangan seperti Bantuan Khas ANIS dan Didik ANIS. Yang Kedua ialah Program Pemberdayan ANIS, yang merangkumi Pusat Sokongan Pendidikan Awal Anak Istimewa Selangor (PUSPANIS), Program Seminar Keibubapaan Anak Istimewa Selangor (ANIS), Cikgu Anak Istimewa Selangor (ANIS) dan Training of Trainers.
Permohonan Bantuan ANIS Telah Ditutup
Program bantuan Anak Istimewa Selangor atau dengan singkatan nama ANIS telah dilaksanakan bermula pada tahun 2019.
Bantuan khas ini dibuka kepada pemohon yang mempunyai tanggungan anak OKU dengan tujuan untuk mengurangkan bebanan kos perbelanjaan dalam menguruskan anak-anak OKU.
YAWAS mempelawa pemohon yang berkelayakan untuk memohon bantuan ANIS bagi mendapatkan manfaat bersifat one-off dengan jumlah maksima sehingga RM 5,000.00 setahun bagi satu isi keluarga.
Objektif Utama Bantuan ANIS adalah:
Soalan: Saya mempunyai 2 orang anak OKU, bolehkah saya memohon untuk kedua-dua anak saya?
Jawapan: Boleh. Permohonan hendaklah dibuat secara berasingan. Namun jumlah bantuan yang diperuntukkan untuk satu keluarga adalah sehingga RM5,000.00 sahaja one-off.
Soalan: Anak saya menghidap autism tetapi tiada Kad OKU daripada JKM, bolehkah saya memohon?
Jawapan: Boleh. Lampirkan bersama salinan surat pengesahan doktor pakar keluarga yang menyatakan anak puan mempunyai diagnosis semasa permohonan dibuat.
Soalan: Anak saya OKU dan berusia 19 tahun, bolehkah saya memohon bantuan ini?
Jawapan: Minta Maaf permohonan secara automatic tidak layak kerana permohonan hanya dibuka untuk anak di bawah usia 18 tahun sahaja.
Soalan: Dimanakah saya boleh memohon bantuan ini?
Jawapan: Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian sahaja di laman sesawang www.anisselangor.com/bantuananis. Adalah diingatkan selepas permohonan dibuat, borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar bersama dokumen sokongan yang diperlukan sebelum jam 5.30 petang pada 14 Jun 2024 hari Jumaat.
Soalan: Anak OKU saya memerlukan bantuan peralatan sokongan seperti yang disarankan oleh doktor, bolehkan saya beli di luar dan lampirkan resit untuk menampung kos bayaran tersebut?
Jawapan: Minta maaf tidak boleh. Pembelian peralatan hanya boleh dibuat melalui panel lantikan di bawah YAWAS sahaja. Peralatan tersebut akan terus dihantar kepada penerima setelah proses kelayakan diluluskan dan tempahan kepada panel selesai.
Soalan: Rumah saya jauh daripada Pusat Sokongan Pendidikan Awal ANIS, IDCC Seksyen 15, Shah Alam. Dimanakah pejabat terdekat saya boleh hantar borang permohonan dan dokumen sokongan yang diperlukan?
Jawapan: Borang dan dokumen sokongan permohonan boleh dihantar ke pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN yang berhampiran dengan rumah tuan/puan.
Soalan: Suami dan isteri bukan kelahiran Selangor dan telah menetap di Selangor tidak sampai 10 tahun, bolehkah saya memohon bantuan ini untuk anak OKU saya?
Jawapan: Boleh dengan syarat pemohon dan penerima maanfaat menetap di Negeri Selangor dan pemohon adalah pengundi Negeri Selangor
Soalan: Saya dan isteri lahir di Selangor tetapi menetap di Perak, bolehkah saya memohon bantuan untuk anak OKU saya?
Jawapan: Tidak boleh Tuan/Puan. Pemohon dan penerima manfaat mesti sedang menetap di Selangor sahaja.
Soalan: Saya lahir di Perak, isteri lahir di Selangor, anak saya OKU dan kami sedang menetap di Selangor. Layakkah kami memohon bantuan ini untuk anak saya?
Jawapan: Layak
Soalan: Anak saya OKU dan memerlukan bantuan makanan khusus seperti yang disarankan oleh doktor dan juga sesi terapi khas di pusat terapi tertentu. Bolehkah saya memohon untuk 2 jenis kategori bantuan tersebut?
Jawapan: Boleh. Sila rujuk senarai dokumen yang diperlukan dan lampirkan bersama sewaktu permohonan dibuat kelak. Adalah diingatkan jumlah maksima bantuan adalah sehingga RM 5,000.00 sahaja. Pihak YAWAS tidak bertanggungjawab membayar lebihan kos sekiranya ia melebihi jumlah yang dimohon.
Soalan: Adakah permohonan saya akan diproses sekiranya dokumen yang saya lampirkan tidak lengkap
Jawapan: TIDAK akan diproses. Kerana semua pemohonan tanpa lampiran dokumen sokongan yang lengkap tidak akan diterima.
Permohonan DIDIK ANIS Telah Ditutup
Program Bantuan Didik Anak Istimewa Selangor (ANIS) telah dilaksanakan bermula pada tahun 2017.
Bantuan Didik ANIS ini terbuka kepada semua Institusi Pendidikan Anak Istimewa iaitu Pusat Early Intervention Programme (EIP), Pusat Pembangunan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) yang berdaftar di Selangor sahaja. Peruntukan Bantuan Didik ANIS ini diberikan secara one-off kepada pemohon.
Permohonan bantuan Didik ANIS dibuat oleh pemohon dengan mengisi dan menghantar borang permohonan beserta dokumen sokongan di laman web ANIS.
Objektif Utama Didik ANIS adalah:
Pembayaran akan dibuat terus ke akaun agensi yang memohon
Modus Operandi Permohonan Bantuan ANIS
Soalan: Pusat EIP/Institusi/Badan Kebajikan saya pernah menerima bantuan ini. Adakah masih layak untuk memohon bantuan ini lagi pada tahun ini?
Jawapan: Boleh. Permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat adalah layak untuk memohon.
Soalan: Pusat EIP/Institusi/Badan Kebajikan kami beralamat di Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun majoriti daripada pelajar kami beralamat di Selangor. Adakah kami layak untuk memohon bantuan ini?
Jawapan: Tidak boleh. Hanya Pusat EIP/Institusi/Badan Kebajikan berdaftar dan beralamat di negeri Selangor sahaja yang layak memohon bantuan ini.
Soalan:Dimanakah saya boleh memohon bantuan ini?
Jawapan:Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian sahaja DISINI Adalah diingatkan selepas permohonan dibuat, borang permohonan hendaklah dihantar bersama dengan dokumen sokongan yang perlu dimuatnaik ke dalam laman web.
Soalan: Adakah permohonan saya akan diproses sekiranya dokumen yang saya lampirkan tidak lengkap
Jawapan: TIDAK. Kerana semua pemohonan tanpa melampirkan dokumen yang mencukupi akan ditolak.
Seminar ini disasarkan untuk ibu bapa ANIS, pendidik ANIS, sukarelawan ANIS dan orang awam. Seminar Keibubapaan ANIS ini telah mula dianjurkan sejak Februari 2021 dan dilaksanakan dua kali dalam tempoh sebulan. Seminar Keibubapaan ANIS ini disasarkan akan dilaksanakan sebanyak 18 kali sepanjang tahun 2021 ini
Klik Disini Untuk MendaftarProgram Cikgu ANIS kali ini mensasarkan Sukarelawan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK), Guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Guru Program Pendidikan Inklusif (PPI), Guru Pemulihan Khas dan Guru Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-kanak. Berbeza dari tahun sebelumnya, program ni akan meluaskan sasaran supaya lebih ramai pihak dapat menerima manfaat
Daftar Cikgu ANIS untuk Pendidik Tadika Daftar Cikgu ANIS untuk Pendidik PDK Daftar Cikgu ANIS untuk Pendidik PPKIProgram ini merupakan sebuah inisiatif baru yang mensasarkan kumpulan sukarelawan yang akan menjadi Trainers atau pelatih ANIS di dalam program-program yang akan dilaksanakan kelak. Pelatih ini dikumpulkan melalui komuniti, ibubapa, pelajar universiti, pendidik yang diharapkan agar mereka yang menerima latihan boleh menjadi support system kepada pembangunan Anak Istimewa di Selangor
Klik Disini Untuk Mendaftar
Permohonan Program Pusat ANIS telah dibuka!
Dibuka Sepanjang Tahun
Sila Semak Status Permohanan Pada Butang Di Bawah
Objektif Utama adalah:
HARI | SESI | MASA | PERKHIDMATAN |
---|---|---|---|
Isnin - Khamis | 1 | 830am - 1030am | Pusat Intervensi Awal ANIS |
2 | 1100am - 100pm | ||
3 | 230pm - 430pm |
HARI | SESI | MASA | PERKHIDMATAN |
---|---|---|---|
Isnin - Khamis | 1 | 830am - 1230am | Pusat Prasekolah ANIS |
2 | 130pm - 530pm |
NO | JULAT PENDAPATAN KELUARGA | YURAN | POTONGAN JIKA ANAK OKU LEBIH DARI SEORANG |
---|---|---|---|
1 | Kurang dari RM 5,000 | Dikecualikan Bayaran | - |
2 | RM 5,001 - RM 6,000 | RM 50 | 50% |
3 | RM 6,001 - RM 8,000 | RM 70 | |
4 | RM 8,001 - RM 10,000 | RM 90 | 30% |
Pusat Sokongan Pendidikan Awal ANIS
Yayasan Warisan Anak Selangor
Lot G26-G28 Tingkat G, Bangunan IDCC,
Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15, 40200 Shah Alam
Hotline : 03-55453170 (Pusat ANIS)
/ 03 – 54818800 (YAWAS – HQ)
Modus Operandi Permohonan Intervensi ANIS
Permohonan Program Saringan ANIS telah dibuka
Objektif Utama adalah:
Pusat Sokongan Pendidikan Awal ANIS
Yayasan Warisan Anak Selangor
Lot G26-G28 Tingkat G, Bangunan IDCC,
Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15, 40200 Shah Alam
Hotline : 03-55453170 (Pusat ANIS)
/ 03 – 54818800 (YAWAS – HQ)
Modus Operandi Permohonan Saringan Awal ANIS
Program Persediaan Kerjaya berserta Kursus Latihan Kemahiran dan Transisi Kerjaya adalah program yang disediakan oleh Jabatan ANIS kepada Belia OKU yang mengalami Masalah Pembelajaran di Selangor.
Persediaan Kearah Kerjaya Program Persediaan Kearah Kerjaya adalah untuk Murid-Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK). Program ini akan mengajar kepada MBPK tentang literasi kerjaya secara praktikal serta membina aspirasi kerjaya.
Ketahui Lebih LanjutPersediaan Kearah Kerjaya Program Persediaan Kearah Kerjaya adalah untuk Murid-Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK). Program ini akan mengajar kepada MBPK tentang literasi kerjaya secara praktikal serta membina aspirasi kerjaya.
Ketahui Lebih LanjutPermohonan Program CPCU telah dibuka
Melalui Iltizam ANIS, Selangor mengambil langkah penting untuk menyokong dan membantu individu yang berdiagnosis Cerebral Palsy (CP) dengan memperkenalkan Program Cerebral Palsy Care Unit (CP Care Unit). Program ini berfungsi sebagai inisiatif khusus yang bertujuan untuk menangani keperluan spesifik individu dengan kecacatan fizikal, terutamanya mereka yang hidup dengan CP dan memerlukan rawatan khusus untuk tempoh tertentu.
Program CP Care Unit di Selangor menawarkan perkhidmatan penjagaan dan pemulihan yang komprehensif yang disesuaikan dengan cabaran unik yang dihadapi oleh individu dengan CP. Ia memberi tumpuan kepada peningkatan kesejahteraan mereka secara keseluruhan, meningkatkan keupayaan fizikal mereka, dan mempromosikan integrasi sosial. Berikut adalah gambaran keseluruhan tentang bagaimana Selangor, melalui ANIS, dapat membantu komuniti CP. Di bawah program CP Care Unit, terdapat 3 program utama yang akan dikendalikan bersesuaian dengan keperluan golongan CP seperti berikut:
Rawatan Terperinci: Program CP Care Unit menyediakan pelan rawatan yang dijalankan secara bersepadu dan dibentuk khusus untuk menangani keperluan individu dengan CP. Pelan ini merangkumi pelbagai profession seperti Fisioterapi,Pemulihan Cara Kerja, Terapi Pertuturan bagi meningkatkan keupayaan fizikal dan kemandirian fungsi individu.
Perkhidmatan Pemulihan: ANIS menawarkan perkhidmatan pemulihan yang menyeluruh kepada individu dengan CP untuk membantu mereka meningkatkan kemahiran motor, koordinasi, dan keseluruhan fungsi fizikal. Ini termasuk senaman, aktiviti, dan terapi yang memberi tumpuan kepada peningkatan kekuatan otot, fleksibiliti, keseimbangan, dan mobiliti, membolehkan mereka menjalankan tugas harian dengan lebih berkesan.
Pendidikan dan Latihan: ANIS menganjurkan program pendidikan dan sesi latihan bagi individu dengan CP dan keluarga mereka. Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang CP, memberikan panduan dalam mengendalikan keadaan tersebut, dan melengkapkan individu dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk perkembangan dan kemandirian jangka panjang. Program ini memfokuskan pemerkasaan ibu bapa dan penjaga golongan CP. Latihan ini dilakukan dalam kumpulan bersama barisan pakar bagi meningkatkan kemahiran penjagaan golongan CP seperti cara mandikan anak, strategi menangani tingkah laku yang mencabar, dan pengendalian alatan terapi.
Sokongan Sosial dan Integrasi: ANIS berusaha untuk mempromosikan inklusi sosial bagi individu dengan CP. Mereka menyediakan sokongan sosial yang diperlukan dan usaha untuk mengintegrasikan individu dengan CP ke dalam masyarakat dengan menyediakan program-program dan aktiviti-aktiviti yang sesuai.
Peranti dan Peralatan Bantu: ANIS memudahkan penyediaan peranti dan peralatan bantu kepada individu dengan CP, seperti kerusi roda, peranti ortotik, dan alat komunikasi. Teknologi bantu ini bertujuan untuk meningkatkan mobiliti, keupayaan berkomunikasi, dan keseluruhan kualiti hidup mereka.
Objektif Utama adalah: