#




Pengenalan

 

Program Skim Mesra Usia Emas telah dilancarkan pada bulan Ogos 2009. Ia merupakan salah satu program yang tersenarai di bawah Iltizam Selangor Penyayang. Program ini menyasarkan golongan warga emas dan orang kurang upaya (OKU) sebagai penerima manfaat di bawah skim ini.Pemohon yang layak akan menerima manfaat baucar beli-belah RM 100 di pasaraya terpilih setiap tahun seumur hidup dan juga khairat kematian RM 500 sekiranya mereka meninggal dunia.

Namun begitu, memandangkan nama Skim Mesra Usia Emas sering disinonimkan sebagai skim untuk warga emas walaupun ia turut dibuka untuk golongan OKU, maka ada keperluan agar nama program disesuaikan mengikut golongan sasar. Oleh yang demikian, berkuatkuasa 1 Januari 2023, Skim Mesra akan menjadi nama utama bagi program ini dimana kategori program untuk golongan warga emas akan dikenali sebagai Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan bagi golongan OKU pula akan dikenali sebagai Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS).

Bukan itu sahaja, berdasarkan dari ucapan belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor pada 25 November 2022 yang lalu, telah diumumkan kenaikan jumlah nilai baucar beli-belah di pasaraya terpilih dari RM100 kepada RM150 yang akan dilaksanakan bermula Januari 2023.

Selain itu, bermula tahun 2023 juga, ahli boleh mengambil baucar di pejabat Pusat Khidmat DUN atau kaunter yang ditetapkan sepanjang tahun tanpa perlu menunggu bulan kelahiran mereka seperti yang telah dilaksanakan sebelum ini.



Manfaat Skim Mesra

Ahli yang telah berdaftar di bawah SMUE dan SMIS akan mendapat manfaat berikut


Baucar Beli-Belah RM150

  • Baucar RM 150 diberikan setiap tahun semasa ahli masih hidup
  • Baucar boleh dituntut di Pusat Khidmat DUN dengan membawa Kad Pengenalan asal ahli berdaftar
  • Baucar hanya boleh dituntut semasa ahli masih hidup sahaja.
  • Tuntutan baucar selepas kematian adalah tidak DIBENARKAN.
  • Baucar hanya boleh digunakan di pasaraya yang telah ditetapkan sahaja
  • Baucar hendaklah digunakan dalam tempoh 3 bulan selepas penebusan dibuat
  • Baucar yang hilang atau tidak dibelanjakan dalam tempoh 3 bulan tidak boleh diganti.
  • Ahli diminta untuk sentiasa kemaskini maklumat nombor telefon bagi mengelakkan terlepas sebarang info

Khairat Kematian RM 500

  • Tuntutan khairat kematian hendaklah dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli berdaftar sahaja
  • Tertakluk kepada kematian bermula 1 Januari 2021
  • Tuntutan melewati tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli berdaftar tidak akan DIBAYAR.
  • Pembayaran akan dibuat kepada pewaris yang berdaftar melalui pindahan wang terus ke akaun atau serahan tunai/cek oleh Pusat Khidmat DUN
  • Jika si mati belum didaftarkan di bawah Skim Mesra, waris dikehendaki membuat permohonan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian si mati.
  • Tuntutan melewati tempoh 6 bulan dari tarikh si mati meninggal dunia bagi permohonan selepas kematian tidak akan DILAYAN
  • Rujuk senarai dokumen yang diperlukan pada borang tuntutan khairat kematian


Syarat Permohonan Skim Mesra


  • Syarat Permohonan Skim Mesra Usia Emas (SMUE)

    Warganegara Malaysia; DAN.
    Berumur 60 tahun dan ke atas; DAN
    Masih hidup atau meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian); DAN
    Lahir di Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; ATAU **Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun; DAN
    Beralamatkan di Selangor dalam kad pengenalan; DAN
    Sedang menetap di Negeri Selangor; DAN
    Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.
    **Sila hantar borang permohonan beserta dokumen lengkap dengan segera. Permohonan tanpa dokumen lengkap akan terbatal selepas tempoh 6 bulan dari tarikh permohonan dibuat.

  • Syarat Permohonan Skim Mesra Insan Istimewa Selangor (SMIS)

    Warganegara Malaysia; DAN
    Tiada had umur; DAN
    Pemegang Kad OKU JKM ; DAN
    Masih hidup atau meninggal dunia (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian); DAN
    Sedang menetap di Negeri Selangor; DAN
    Pemohon berusia 18 tahun ke atas mestilah pengundi di Selangor semasa pendaftaran dibuat; ATAU
    Pemohon berusia bawah 18 tahun, ibu/bapa/penjaga mestilah pengundi di Selangor semasa pendaftaran di buat



#

Semakan Permohonan







Muat Turun Borang dan Dokumen

# Perkara
1 Borang Permohonan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) Muat Turun
2 Borang Permohonan Skim Mesra Insan Istimewa Selangor (SMIS) Muat Turun
3 Borang Tuntutan Khairat (SMUE) Muat Turun
4 Borang Tuntutan Khairat (SMIS) Muat Turun
5 Borang Tukar / Kemaskini Pewaris Muat Turun
6 Borang Mastautin Muat Turun




Untuk Maklumat lanjut, sila layari