#

Pengenalan

 

Tabung Warisan Anak Selangor atau singkatannya TAWAS, merupakan antara program penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Fasa 1. TAWAS beserta logonya selamat dilancarkan secara rasmi bersempena dengan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Selangor pada 30 Ogos 2008. Program ini diuruskan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dan ianya terbuka kepada anak-anak kelahiran Negeri Selangor yang memenuhi syarat. Permohonan juga perlu dilakukan sebelum anak berusia 3 tahun.


Pada 17hb Ogos 2015, menerusi Mesyuarat Kedua Penggal 3 dalam Sidang Dewan Negeri Bahagian Ketiga Belas, satu Enakmen Tabung Amanah Warisan Anak Selangor telah diluluskan bertujuan memastikan Ahli TAWAS menerima RM1, 500.00 apabila mencapai usia 18 tahun kelak. Tabung Amanah berkenaan diuruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor.


Bermula dari 1hb Mac 2014, YAWAS telah memperkenalkan Skim Khairat Kematian TAWAS bernilai RM 1,500.00 yang akan diberikan kepada waris Ahli TAWAS sekiranya ahli meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun.

#

Kad TAWAS

 

Kad ini merupakan kad keahlian yang diberikan untuk setiap permohonan yang lulus. Kad tersebut perlu disimpan dan digunakan sebagai rujukan ibubapa/penjaga untuk setiap MANFAAT TAWAS yang diberikan kepada Ahli TAWAS.


Ibubapa/penjaga boleh mengambil Kad SiManja ini bersama-sama dengan Penyata Simpanan TAWAS di Kaunter Pejabat YAWAS.


Sebarang kerosakan atau kehilangan hendaklah dilaporkan ke Pejabat YAWAS dan RM 10.00 akan dikenakan sebagai caj ganti rugi

#

Penyata Simpanan TAWAS

 

Penyata bernilai RM 1500.00 ini dikeluarkan sebaik sahaja permohonan TAWAS telah disahkan lulus. Ibubapa/penjaga dikehendaki menyimpan penyata ini bagi membolehkan Ahli TAWAS membuat tuntutan bernilai RM 1500.00 apabila mereka mencapai usia 18 tahun.

Dimaklumkan kepada ibubapa/penjaga Ahli TAWAS, berkuatkuasa pada 24hb Mac 2014, Sijil Simpanan Tetap TAWAS Ambank (FD) akan digantikan dengan Penyata Simpanan TAWAS. Penyata Simpanan TAWAS ini adalah dokumen penting yang perlu disertakan semasa membuat tuntutan RM 1500 apabila mencapai usia 18 tahun. Ibu bapa/Penjaga ahli adalah dinasihatkan untuk mengambil Penyata Simpanan TAWAS tersebut pada bila-bila masa di pejabat YAWAS atau cetak penyata tersebut di atas talian


Mengenai Khairat Kematian TAWAS


Pengenalan


Khairat Kematian TAWAS adalah dibawah Skim Tabung Warisan Anak Selangor yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk Ahli TAWAS yang meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun.

Walaubagaimanapun, khairat ini hanya boleh dituntut oleh waris jika berlaku kematian Ahli TAWAS selepas 1 MAC 2014. Pembayaran sumbangan akan dibuat secara eft ke akaun penjaga ahli.

Prosedur Tuntutan


Ahli TAWAS meninggal dunia sebelum mencapai umur 18 tahun. Tarikh kematian adalah dari 1 Mac 2014

Ibubapa/penjaga perlu menghantar dokumen yang lengkap ke pejabat YAWAS atau emel ke khairat.tawas@gmail.com . Berikut adalah dokumen yang diperlukan.
   - Borang Tuntutan Khairat Kematian.
   - Sijil kematian
   - Kad SiManja
   - Salinan muka buku hadapan akaun bank / salinan penyata akaun (bahagian yang tertera no akaun).

Penyerahan manfaat secara EFT ke akaun Ibubapa/penjaga



Untuk Maklumat lanjut, sila layari