Tabung Warisan Anak Selangor ( TAWAS )

Pengenalan

Tabung Warisan Anak Selangor atau singkatannya TAWAS, merupakan antara program penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Fasa 1. TAWAS beserta logonya selamat dilancarkan secara rasmi bersempena dengan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Selangor pada 30 Ogos 2008. Program ini diuruskan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dan ianya terbuka kepada anak-anak kelahiran Negeri Selangor yang memenuhi syarat. Permohonan juga perlu dilakukan sebelum anak berusia 3 tahun.

Pada 17hb Ogos 2015, menerusi Mesyuarat Kedua Penggal 3 dalam Sidang Dewan Negeri Bahagian Ketiga Belas, satu Enakmen Tabung Amanah Warisan Anak Selangor telah diluluskan bertujuan memastikan Ahli TAWAS menerima RM1, 500.00 apabila mencapai usia 18 tahun kelak. Tabung Amanah berkenaan diuruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Bermula dari 1hb Mac 2014, YAWAS telah memperkenalkan Skim Khairat Kematian TAWAS bernilai RM 1,500.00 yang akan diberikan kepada waris Ahli TAWAS sekiranya ahli meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun.

Ahli TAWAS meninggal dunia sebelum mencapai umur 18 tahun. Tarikh kematian adalah dari 1 Mac 2014

  1. Ibubapa/penjaga perlu menghantar dokumen yang lengkap ke pejabat YAWAS atau emel ke khairat.tawas@gmail.com
  2. Borang Tuntutan Khairat Kematian
  3. Sijil kematian
  4. Kad SiManja
  5. Salinan muka buku hadapan akaun bank / salinan penyata akaun (bahagian yang tertera no akaun)

Penyerahan manfaat khairat kematian secara EFT ke akaun Ibubapa/penjaga

Untuk Permohonan Khairat, cetakan penyata dan Semakan Lanjut boleh ke Laman Sesawang TAWAS di https://tawas.yawas.com.my