Rancangan Selangor Pertama (RS-1) telah diperkenalkan pada Julai 2022 dan mencerminkan rancangan pembangunan lima tahun Negeri bagi tempoh 2021 hingga 2025. Rancangan ini merangkumi matlamat dan inisiatif jangka pendek, sederhana, dan panjang, serta hala tuju pertumbuhan Selangor sebagai sebuah Negeri yang pintar, makmur dan berdaya huni menjelang tahun 2025.