Iltizam Selangor Penyayang

Skim Mesra

Program yang menyasarkan golongan warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) sebagai penerima manfaat melalui Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS).

Pengenalan Skim Mesra

Program Skim Mesra Usia Emas telah dilancarkan pada bulan Ogos 2009. Ia merupakan salah satu program yang tersenarai di bawah Iltizam Selangor Penyayang.

Program ini menyasarkan golongan warga emas dan orang kurang upaya (OKU) sebagai penerima manfaat di bawah skim ini. Pemohon yang layak akan menerima manfaat baucar beli-belah RM150 di pasaraya terpilih setiap tahun semasa ahli masih hidup dan juga khairat kematian RM500 sekiranya mereka meninggal dunia.

Namun begitu, memandangkan nama Skim Mesra Usia Emas sering disinonimkan sebagai skim untuk warga emas walaupun ia turut dibuka untuk golongan OKU, maka ada keperluan agar nama program disesuaikan mengikut golongan sasar.

Oleh yang demikian, berkuatkuasa 1 Januari 2023, Skim Mesra menjadi nama utama bagi program ini dimana kategori program untuk golongan warga emas akan dikenali sebagai Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan bagi golongan OKU pula akan dikenali sebagai Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS).

Bukan itu sahaja, berdasarkan dari ucapan belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor pada 25 November 2022 yang lalu, telah diumumkan kenaikan jumlah nilai baucar beli-belah di pasaraya terpilih dari RM100 kepada RM150 yang dilaksanakan bermula Januari 2023.

Manfaat Tahunan
RM150
Baucar beli-belah di pasaraya terpilih setiap tahun semasa ahli masih hidup.
Untuk ahli Skim Mesra yang layak.
Boleh mengambil baucar sepanjang tahun.

Dua Kategori Skim Mesra

Skim Mesra merangkumi dua kategori utama mengikut golongan sasar program.

Skim Mesra Usia Emas (SMUE)

Kategori program yang memberi manfaat kepada golongan warga emas berumur 60 tahun dan ke atas yang memenuhi syarat kelayakan.

Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS)

Kategori program untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang memegang Kad OKU JKM dan memenuhi syarat kelayakan.

Syarat & Cara Permohonan

Sila semak syarat dan kaedah permohonan sebelum membuat pendaftaran Skim Mesra.

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur 60 tahun dan ke atas.
  3. Mengundi dan menetap di Negeri Selangor.

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Tiada had umur.
  3. Pemegang Kad OKU dari JKM.
  4. Berusia 19 tahun dan keatas perlu mengundi dan menetap di Selangor.
  5. Bagi anak berusia bawah 18 tahun dan ke bawah ibu/bapa/penjaga mestilah pengundi berdaftar dan menetap di Selangor.

  1. Permohonan dibuat secara dalam talian di mesra.yawas.com.my.

Baucar Beli Belah RM150 setiap tahun semasa ahli masih hidup.

SMIS & SMUE

Untuk permohonan dan semakan lanjut boleh ke Laman Sesawang Skim Mesra di:

mesra.yawas.com.my

Skim Mesra Insan Istimewa SMIS Skim Mesra Usia Emas SMUE

Portal Rasmi Skim Mesra

Layari portal rasmi Skim Mesra untuk membuat permohonan, semakan dan mendapatkan maklumat terkini berkaitan SMUE dan SMIS.

Layari Portal Mesra