Inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang prihatin untuk meringankan beban waris melalui sumbangan khairat kematian sebanyak RM1,000.
Program khairat kematian untuk rakyat Selangor yang memenuhi syarat kelayakan.
Khairat Darul Ehsan (KDE) merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang prihatin, bertujuan meringankan beban waris dengan pemberian sumbangan khairat kematian sebanyak RM1,000 kepada rakyat Selangor berusia 50 tahun ke atas dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang merupakan pengundi dan menetap di Selangor.
Bantuan khairat kematian kepada ahli KDE yang layak dan waris yang berdaftar.
KDE memberi tumpuan kepada warga emas dan insan istimewa yang memenuhi syarat program.
Warga emas berumur 50 tahun dan ke atas.
Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang memenuhi syarat kelayakan KDE.
Rujuk maklumat berikut sebelum membuat pendaftaran atau tuntutan khairat KDE.
Warga emas 50 tahun dan ke atas, insan istimewa (OKU).
Untuk permohonan dan semakan lanjut, sila layari laman sesawang rasmi Khairat Darul Ehsan (KDE).
kde.yawas.com.my
Dapatkan maklumat lanjut berkaitan pendaftaran, permohonan dan tuntutan Khairat Darul Ehsan.