https://yawas.com.my/wp-content/uploads/2021/06/img-floater-3.png
https://yawas.com.my/wp-content/uploads/2021/06/img-floater-2.png

Integriti

bt_bb_section_bottom_section_coverage_image

Maklumat Ringkas YAWAS

YAB Perdana Menteri telah mengeluarkan arahan melalui Jabatan Perdana Menteri Malaysia pada Oktober 2018 (No.1 Tahun 2018, Siri 1 No.1 Tahun 2018) bagi penubuhan Unit Integriti & Governans Syarikat Berkaitan Kerajaan, syarikat-syarikat yang dimiliki Kementerian dan agensi Kerajaan termasuk di bawah Kerajaan Negeri. Selaras dengan arahan tersebut, Pengurusan YAWAS telah menyahut seruan tersebut dan melantik pegawai Integriti & Governans di bawah pemantauan Unit Integriti & Governans Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) bagi memperkemaskan tadbir urus syarikat.

Dalam memastikan tadbir urus, YAWAS menolak amalan rasuah serta mengutamakan amalan integriti dalam setiap urusan yang dijalankan. YAWAS akan memberikan gambaran yang jelas kepada rakan strategik dan pemegang taruh YAWAS terhadap etika kerja dan budaya tadbir urus yang diamalkan oleh YAWAS.

Senarai Polisi

 

Berdasarkan Perkara 3 dalam Memorandum and Articles of Association (M&A) , penubuhan YAWAS adalah untuk mewujudkan, menganjurkan, mentadbir dan menyelenggara suatu dana untuk digunakan semata-mata bagi faedah dan kebajikan rakyat Selangor yang lahir dan didaftarkan di Negeri Selangor pada dan selepas 1 Januari 2008.

Penetapan tarikh 1 Januari 2008 ini adalah suatu titik permulaan pada penubuhan Tabung Warisan Anak Selangor yang merupakan salah satu program di dalam Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang diilhamkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada 2008.

1. Polisi Penerimaan & Pemberian Hadiah Lihat
2. Polisi Pemberi Maklumat (Whistle Blowing) Lihat
3. Polisi Kod Etika Perniagaan Lihat
4. Polisi Konflik Kepentingan Lihat
5. Polisi Kod Etika Kerja dan Tatalaku Kakitangan Lihat
6. Polisi Anti-Rasuah dan Penyelewangan Lihat
bt_bb_section_bottom_section_coverage_image