Program Negeri Selangor yang menyediakan latihan dan kursus asas percuma dalam bidang pengasuhan kepada pengasuh di rumah serta membantu mengumpulkan data pengasuh yang masih aktif di Negeri Selangor.
Iltizam Penjagaan & Pendidikan Awal Kanak-kanak Negeri Selangor merupakan satu program yang menyediakan latihan/ kursus asas PERCUMA dalam bidang pengasuhan kepada semua pengasuh di rumah yang mengasuh anak asuhan tidak lebih dari 3 orang.
Selain itu, program ini juga ingin mengumpulkan sebanyak mungkin senarai data pengasuh di rumah yang masih aktif di dalam Negeri Selangor.
Antara syarat utama yang perlu dipenuhi untuk menyertai program IMPAK Selangor.
Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
Sedang menetap di Negeri Selangor.
Sedang menjalankan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak di rumah.
Tidak pernah menghadiri sebarang kursus pengasuhan yang dikendalikan oleh JKM atau mana-mana agensi awam mahupun swasta.
Merupakan pengundi di Negeri Selangor.
Rujuk maklumat berikut sebelum membuat permohonan program IMPAK.
Kursus percuma bagi wanita yang mengasuh di rumah.
Untuk permohonan dan semakan lanjut boleh ke Laman Sesawang IMPAK di:
Layari laman sesawang rasmi IMPAK untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan program, permohonan dan semakan.
Layari Portal IMPAK