"Insurans Am Selangor (INSAN) : Pelan Perlindungan Patuh Syariah Percuma
Untuk Rakyat Selangor
Dalam usaha berterusan Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyatnya terjamin, satu inisiatif perlindungan takaful yang ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor (INSAN) bertujuan memberikan perlindungan am meliputi kecederaan, kemalangan mahupun kematian.
Antara jenis perlindungan yang ditawarkan di bawah program INSAN:
1. RM 11,000 - Melibatkan kematian
2. RM 21,000 - Melibatkan kematian di luar negeri
3. RM 10,000 - Melibatkan kehilangan upaya kekal
4. RM 50/hari - Kemasukan wad sehingga 30 hari.
Untuk pendaftaran, sila imbas kod QR yang tertera atau layari
www.programinsan.com [1] untuk sebarang maklumat lanjut.
Ayuh semua lindungi diri dan keluarga bersama INSAN.