Hebahan

Hebahan Program Bantuan Lain

Program Insurans Am Selangor (INSAN) : : Pelan Perlindungan Patuh Syariah Percuma Untuk Rakyat Selangor

Dalam usaha berterusan Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyatnya terjamin, satu inisiatif perlindungan takaful yang ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor (INSAN) bertujuan memberikan perlindungan am meliputi kecederaan, kemalangan mahupun kematian.

Antara jenis perlindungan yang ditawarkan di bawah program INSAN:

  • RM 11,000 - Melibatkan kematian
  • RM 21,000 - Melibatkan kematian di luar negeri
  • RM 10,000 - Melibatkan kehilangan upaya kekal
  • RM 50/hari - Kemasukan wad sehingga 30 hari.
  • RM 100/hari - Kemasukan wad sehingga 60 hari.