PROGRAM ILTIZAM SELANGOR PENYAYANG

Skim Bantuan AsuhPintar

Bantuan yuran TASKA atau Nurseri untuk anak-anak berusia 4 tahun ke bawah bagi ibu bapa yang memenuhi syarat kelayakan.

Pengenalan AsuhPintar

Melalui skim baru ini, ibu bapa yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima bantuan yuran TASKA atau Nurseri anak-anak mereka yang berusia 4 tahun ke bawah sebanyak RM100 setiap bulan. Bantuan yuran tersebut akan dibayar terus kepada TASKA atau Nurseri.

RM100

Bantuan Setiap Bulan

Bantuan yuran TASKA atau Nurseri dibayar terus kepada TASKA atau Nurseri yang berdaftar di bawah YAWAS.

Syarat & Panduan AsuhPintar

Rujuk maklumat berikut untuk mengetahui syarat kelayakan, cara permohonan, dokumen yang diperlukan, manfaat serta senarai TASKA.

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2. Dilahirkan dan menetap di Selangor; ATAU
  3. Tidak dilahirkan di Selangor tetapi telah menetap secara sah di Selangor sekurang-kurangnya 5 tahun (perlu mendapatkan pengesahan dari Ketua Kampung / Pengerusi Taman Perumahan tempat di mana pemohon menetap).
  4. Syarat pendapatan isi rumah mestilah RM5,000 ke bawah.
  5. Suami dan isteri bekerja.
  6. Anak berumur 4 tahun dan ke bawah.
  7. Terhad kepada 2 orang anak sahaja.
  8. TASKA berdaftar dengan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat).
  9. Ibu dan bapa adalah pengundi berdaftar di SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia).

  1. Permohonan dibuat secara dalam talian di asuhpintar.yawas.com.my sahaja.
  2. Dokumen lengkap hendaklah dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran online dilakukan.

  1. Borang pendaftaran online yang dicetak dari sistem.
  2. Salinan Sijil Lahir / MyKid anak yang dipohon.
  3. Salinan MyKad Ibu.
  4. Salinan MyKad Bapa.
  5. Salinan perakuan anak angkat / sijil kematian / sijil cerai (jika perlu).
  6. Slip gaji ibu (pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri).
  7. Slip gaji bapa (pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri).
  8. Bagi pemohon bukan kelahiran Selangor:
    1. Cop pengesahan mastautin (bagi bukan kelahiran Selangor).
    2. Salinan Bil Air / Bil Elektrik / TM / Astro / Muka Depan Buku Merah IBU.
  9. Salinan pengesahan pendaftaran SPR bagi ibu dan bapa.

Bantuan yuran TASKA atau Nurseri anak-anak mereka yang berusia 4 tahun ke bawah sebanyak RM100 setiap bulan. Bantuan yuran tersebut akan dibayar terus kepada TASKA atau Nurseri yang berdaftar di bawah YAWAS.

Senarai TASKA yang dibuka di ASUHPINTAR boleh dirujuk melalui laman ASUHPINTAR.

Lihat Senarai TASKA

Portal Rasmi AsuhPintar

Untuk permohonan dan semakan lanjut, sila layari laman sesawang rasmi ASUHPINTAR.

Maklumat Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar

Laman Sesawang AsuhPintar

Untuk permohonan dan semakan lanjut, sila layari portal rasmi AsuhPintar.

Akses Portal AsuhPintar

Ringkasan AsuhPintar

Bantuan Yuran TASKA / Nurseri

Bantuan sebanyak RM100 setiap bulan diberikan kepada pemohon yang memenuhi syarat kelayakan. Bayaran bantuan yuran dibuat terus kepada TASKA atau Nurseri yang berdaftar di bawah YAWAS.