Program Iltizam Anak Selangor (ANAS) merupakan skim di bawah jenama Iltizam Selangor Penyayang untuk anak-anak yang baru lahir di Negeri Selangor.
Program Iltizam Anak Selangor merupakan skim baharu di bawah jenama Iltizam Selangor Penyayang. Program ini menyasarkan 30,000 orang anak-anak yang baru lahir di Negeri Selangor bermula kelahiran tahun 2022.
Setiap permohonan yang berjaya akan dibukakan akaun Simpan SSPN Prime dan akan menerima wang tabungan bernilai RM100 setahun untuk tempoh 5 tahun yang akan dikreditkan ke akaun tersebut bermula tahun 2022.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di anas.yawas.com.my bermula 1 Ogos 2022. Wang tabungan di akaun Simpan SSPN Prime yang diberikan oleh kerajaan negeri hanya boleh dikeluarkan apabila umur anak telah mencapai 18 tahun dan ke atas.
Tempoh permohonan akan dibuka sehingga program ini mencapai kuota 30,000 orang pemohon yang menepati syarat Iltizam Anak Selangor.
Permohonan baru akan ditutup dengan serta-merta apabila mencapai jumlah permohonan tersebut.
Program menyasarkan 30,000 orang anak-anak yang baru lahir di Negeri Selangor bermula kelahiran tahun 2022.
Wang tabungan yang diterima setiap tahun untuk tempoh 5 tahun.
Wang tabungan dikreditkan ke akaun Simpan SSPN Prime untuk tempoh 5 tahun.
Maklumat berkaitan kelayakan, kaedah permohonan, dokumen yang diperlukan dan manfaat yang diterima.
Setiap permohonan yang berjaya akan dibukakan akaun Simpan SSPN Prime dan akan menerima wang tabungan bernilai RM100 setahun untuk tempoh 5 tahun yang akan dikreditkan ke akaun tersebut.
Untuk permohonan dan semakan lanjut, sila layari laman sesawang rasmi Iltizam Anak Selangor.
Permohonan baharu akan ditutup dengan serta-merta apabila jumlah pemohon mencapai kuota 30,000 orang yang menepati syarat Iltizam Anak Selangor.